Saturday, February 24, 2007

SUMBANGAN WAKAF DAN TAJAAN

PERUNTUKAN DANA
Merujuk kepada pengisian dan matlamat Program seperti yang dinyatakan perkara
MATLAMAT PROGRAM adalah dirujuk iaitu ;

" MENAMBAH SUMBER TABUNG MASJID MELALUI PROGRAM WAKAF
KEPADA KHALAYAK DAN MASYARAKAT ISLAM KHUSUSNYA.".

Bagi merealisasikan matlamat itu maka melalui penganjuran Program
seperti ini secara langsung akan menyumbang pertambahan dana Tabung Masjid Jamek Serong melalui saluran-saluran yang dinyatakan di bawah :

SUMBANGAN YURAN
Seperti yang dijelaskan pihak Masjid Jamek akan menerima sumbangan Yuran
Penyertaan bagi Program Tahsin Tilawah Al Quran ( Taraanum & Qiraat ).,
dimana dijangkakan menerima peserta - peserta seperti di bawah :

YURAN KURSUS :- Peserta Qariah dikenakan RM 10.00 seorang.
Peserta Luar dikenakan RM 15.00 seorang.
Peserta Web* dikenakan RM 25.00 seorang.

nota * :Peserta Luar Qariyah (khusus kepada AJK Masjid luar Qariyah akan
diminta menghantar 4 orang peserta ).

Pihak Masjid Jamek Titi Serong mengalu-alukan penglibatan mana-mana Jabatan,
agensi kerajaan, swasta atau orang perseorangan bagi menginfaqkan sumbangan
melalui penganjuran Majlis tersebut seperti yang dinyatakan dibawah :-

Sumbangan Wakaf & INFAQ
Penyediaan Makan ( Pagi ) @ RM2.50/peserta sebanyak RM650.00
Penyediaan Makan ( Tengahari ) @ RM3.50/peserta sebanyak RM910.00
Penyediaan Makan ( Hi-Tea ) @ RM2.00/peserta sebanyak RM520.00
Sumbangan Naskhah AL-QURAN sebanyak 300 naskhah.


SUMBANGAN WAKAF & INFAQ
Pihak Masjid Jamek Titi Serong akan melancarkan Program Wakaf & INFAQ kepada
umum dan masyarakat bagi turut bersama-sama menyumbangkan sebahagian daripada
harta dan pendapatan mereka bagi melaksanakan program ini sejajar dengan
firman Allah s.w.t ;

" Perumpamaan orang yang menggunakan hartanya kpd jalan Allah,
bagaikan biji yang tumbuh menjadi 7 tangkai. Pada setiap tangkai itu
berbuah 100 biji dan Allah melipat gandakan ( pahala ) bagi sesiapa
yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Mengetahui. "
( Surah Al Baqarah, ayat 261 )


" bersedekah " itu adalah tanda seseorang itu bersyukur dengan lebihan
harta yang dimiliki melebihi keperluan asas.Allah menjanjikan nikmat yang
melimpah ruah kepada sesiapa yang bersyukur dengan apa yang dimilikinya.

Bagi menjayakan Program tersebut serta menambah Tabung Masjid, maka pihak
Masjid Jamek Titi Serong telah menetapkan pada JUMAAT
2hb. MAC 2007 bagi merasmikan Program
DANA WAKAF DAN INFAQ kepada umum dan masyarakat islam.


DANA WAKAF dan INFAQ itu terbahagi kepada :-

WAKAF KHUSUS yang bernilai RM 200.00
INFAQ PERNIAGAAN yang bernilai RM 50.00
INFAQ - Sumbangan Ikhlas dari Ahli Qariyah sebanyak RM2.00
Sumbangan AJK Masjid Jamek Titi Serong RM10.00
Program Sumbangan dan Tajaan dari Pihak ADUN RM1,000.00
Program Sumbangan dan Tajaan dari Ahli Parlimen RM3,000.00
Lain-Lain ( sumbangan melalui - laman Web ) RM5,000.00